Saturday, October 15, 2011

Menyingkap tabir sepertiga malam


Rasulullah SAW yang telah dijamin  masuk syurga dan diampun segala dosa baginda yang lalu dan dan yang akan datang, namun tetap berqiyamullail seolah-olah baginda tidak cukup masa untuk beribadah. Setiap detik di sepertiga malam itu amat rugi untuk disia-siakan. "Beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati pada esok hari dan bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi" yang sering kita dengar, tertanam di dalam kalbu. Ada di antara sahabat yang bengkak matanya sehingga seperti ada garisan di matanya lantaran tangisan syahdu di sepertiga malam mengadu pada yang maha Esa, pasrah di atas segala urusan dan takdir. Demikianlah dahsyatnya mereka beribadah dan taqarrubnya dengan Allah SWT."
Harga RM 15



Fikih Ekonomi Umar bin Al Khatab

Rangkuman-rungkaian dan kajian mendalam oleh Dr Jaribah bin Ahmad Al-Haritsi untuk disertasi Ph Dnya  di Universiti Ummul Qura. Buku ekonomi yang cukup komprehensif, diambil dari 607  buah buku rujukan tentang Umar, pemikirannya tentang dasar-dasar ekonomi, pembangunan ekonomi dan hubungan ekonomi antarabangsa, pengawasan negara terhadap ekonomi, kehidupan sosial dan pembangunan negara yang seimbang, antara roh-akliah dan jasadiah (fizik) Khazanah terlengkap berbicara tentang kehebatan Umar Bin Khattab, salah satu peribadi yang dibanggakan oleh Baginda Rasulullah SAW.

UMAR BIN ABDUL AZIZ, Peribadi Zuhud Penegak Keadilan.

Karya Dr Abdullah bin Abdul Hakam, mengandungi beberapa episod sejarah perjalanan hidup Umar bin Abdul Aziz yang terdapat dalam pelbagai manuskrip di beberapa muzium dan perpustakaan di Timur Tengah dan Eropah. Ini kisah kehidu pan dan pemikiran ikon pemerintahan yang baik tauladan sepanjang zaman. Harga RM 25,- buku ketiga keluaran Alam Raya Enterprise. Juga telah mengalami ulang cetak yang ketiga.